Eratkan silaturahim, zahir kesyukuran sesama ahli BVBC





Siaran Akhbar dan Foto : Bengkurong Veteran Badminton Community




 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 20 April. – Bengkurong Veteran Badminton Community (BVBC) semalam mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi ahli-ahli BVBC yang merupakan antara acara tahunan yang diraikan.


Selain untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli, ia juga bagi menzahirkan rasa kesyukuran dan keharmonian dalam suasana perayaan dan kemenangan.


Atur cara diisi dengan ucapan Presiden BVBC, Awang Haji Mohd. Aliddin bin Haji Kura, diikuti dengan bacaan Doa Selamat, jamuan serta beberapa persembahan nyanyian di kalangan ahli bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Raya.


Hadir selaku tetamu kehormat, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Mohammad Ali bin Tanjong, Ketua Kampung Lumapas 'B', yang juga merupakan salah seorang pemain BVBC.


Majlis diadakan di salah sebuah restoran di Kampung Bengkurong.


Close